Monday, September 19, 2011

Lawak Jenaka

as'salam suma...hye...arinie xda perkara yg mnarik b'laku yg nk d cita kn...

pegi class, blek, pegi umh t'buka n then blek umh sewa...
bla..bla...bla...haha

tp ak da t'nmpk 1 lawak jenaka yg agk kelakar kt facebook...

so sja la nk share kt ampa suma...

lawak tu tntg 1 temuduga....



TEMUDUGA.
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya.
Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang

calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga.

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun

mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza,
calon
yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"

Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas

sekali?", tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,

"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun

bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"
CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan

calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan

jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon

keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana

kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan

jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa

sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ....."

lawak kn...agak logik tp xbpa sopan...hehe

ok la...as'salam

No comments:

Post a Comment